Sunday, April 11, 2010

Trailer ..Dalam Botol..


Macam-macam kontroversi melanda cerita ini. Sejak dari nama yang pada asalnya dipanggil “Anu dalam Botol”, sekarang hanya tinggal “Dalam Botol” sahaja..apa yang diletak dalam botol pada kali ini saya pun tak tahu. Namun begitu dikatakan filem yang mengisahkan kehidupan lelaki homoseksual ini sedang menunggu masa untuk mendapat kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF). Bila cerita-cerita berat begini dikeluarkan, adakah ia akan mendapat sambutan? Kita lihat dulu..

Gambar Separuh Bogel Fizow Omar




In middle of Ramadan, stories and pictures like this can be a reason to orgasm. Gambar Seksi Fizow Omar could make local fans (girls) heart melt down. Gambar Fizow Omar Separuh Bogel!? Ok, don’t think negative because those pictures below been taken for Hero Finalist 2007 photo shoot. FYI, Fizow Omar was 2nd finalist runner up.

Fizow Omar Biodata/Profile:

Real Name: Wan Omar Wan Hafizol
Commercial Name: Fizow
Place of Birth: Kota Bahru, Kelantan
Date of Birth: July 19, 1985
Height / Weight: 176cm/71kg
Education: Diploma in Civil Engineering, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Career: Actress / Model

Kecoh selepas majlis nikah Noniswara



Setiap pernikahan pasti disulami air mata kegembiraan kerana diri sah menjadi milik insan tercinta. Namun lain pula halnya dengan Noniswara.
Masakan tidak, tetamu dan pasangan pengantin disuruh keluar selepas majlis pernikahan selesai. Majlis bahagia itu tercacat sedikit.
Terkedu juga tengok apabila seorang kakitangan masjid yang tiba-tiba muncul dan menyuruh semua tetamu keluar daripada kawasan masjid.
Khabarnya pihak masjid tersinggung dengan tetamu yang berpakaian tidak mengikut syarat yang dikenakan untuk masuk ke dalam masjid.
Nasib baik kejadian penuh drama ini berlaku sejurus selepas selesai majlis pernikahan Noniswara Baharudin dan Datuk Rosman Ridzwan.
Kalau kejadian berlaku sebelum sebelum majlis bermula, mungkin akan jadi lebih kecoh. Namun Nonis dan pasangan tidak panik dan masih boleh bertolak ansur walaupun perkara itu tidak dijangkanya.
Suaminya juga nampak tenang dan masih berdiplomasi apabila perkara itu berlaku. Semestinya sebagai orang yang menumpang tempat orang, beliau mahukan yang terbaik sahaja.

Apa-apa pun perjalanan majlis tersebut masih lancar dan tidak ada perkara bukan-bukan berlaku.
"Nonis tak pernah berdendam dan tak ambil hati atas apa yang berlaku kerana semua yang berlaku atas kehendak Allah. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.

"Apa yang penting, majlis pernikahan berjalan lancar," ulas Nonis mengenai insiden yang berlaku pada majlis pernikahannya di Masjid Wilayah Persekutuan itu.

Pintu Hati Sudah Tertutup Untuk Faizal - Siti Nurdiana



Tiada setitik pun airmatanya tumpah ketika disoal mengenai mahligai yang dibina tiga tahun, runtuh sekelip mata. Ketabahan dan kekuatan yang ada padanya untuk menguraikan persoalan demi persoalan menunjukkan kematangan wanita tersebut dalam kehidupannya.

"Bukan niat membuka pekung di dada, namun Nana ingin jelaskan apa sebenarnya yang berlaku agar tiada fitnah timbul," ujar Siti Nurdiana yang lebih mesra disapa dengan nama Nana.

Siti Nurdiana, 25, kini sedang menunggu keputusan mahkamah berikutan lafaz cerai talak dua yang dilafazkan suaminya, Mohd Faizal, menerusi telefon.

"Memang dia sebut nama Nana semasa lafazkan cerai talak dua. Sebelum ini, pada bulan yang sama juga, dia pernah melafazkan untuk melepaskan Nana tapi kami berbincang dan memutuskan untuk berbaik kembali. Tapi selepas difikirkan kembali kami memang tidak boleh bersama kerana tiada persefahaman lagi maka terucaplah kata-kata keramat tersebut.

"Masalah ini mula Nana hidu sejak bulan lima tahun ini juga namun Nana kuatkan hati kerana sayangkan keluarga kami. Sudah sebulan tidak sebumbung dan akhirnya kami sepakat mencapai kata putus. Memang banyak Nana dengar gosip mengenai orang ketiga dalam rumahtangga kami namun ia tidak benar sama sekali. Nana banyak kali buat solat meminta petunjuk dan bayangan yang diterima tetap sama. Dia semakin jauh daripada Nana.

"Dia terlalu sibuk dengan shooting dan apabila balik, Nana dan Rayyan sudah pun tidur so kurang komunikasi di situ. Sejak awal perkahwinan kami memang selalu berbalah dari segi pendapat namun kami tetap berusaha menjaga keutuhan hubungan ini. Memang orang kata tahun ketiga perkahwinan banyak dugaannya, namun Nana serahkan semuanya pada takdir atas apa yang berlaku," katanya yang memfailkan cerai di Seremban.

Memegang gelaran janda pada usia muda bukannya mudah, apatah lagi dengan tanggungjawab sebagai ibu tunggal yang bakal digalasnya kini.

"Nana kuatkan diri untuk berdepan dengan orang ramai kerana Nana tahu mereka akan bertanya apa yang berlaku. Sebelum ini mungkin Nana akan menangis, namun sekarang Nana lebih kuat dan tenang menghadapinya. Rayyan juga pandai menghiburkan hati Nana hingga membuatkan terlupa dengan dugaan yang melanda.

"Faizal juga banyak mengajar Nana erti kehidupan yang sebenar dan Nana tak pernah menyesal berkahwin dengannya. Nana juga bersyukur dia sangat memahami apabila membenarkan Nana menjaga Rayyan.

"Buat masa ini memang Nana trauma untuk berkahwin lagi namun Nana tahu bukan semua lelaki jahat dan tidak menghargai wanita. Kawan-kawan banyak beri sokongan sehingga datang kekuatan dalam diri. Nampak Nana tenang, namun di dalam hati hanya tuhan yang tahu," katanya yang banyak meluahkan perasaan kepada ibunya mengenai apa yang berlaku.

Buat Comeback

Walaupun telah mempunyai pekerjaan tetap di Kolej Unity sebagai Kaunselor Pendidikan, namun Nana menjelaskan dirinya akan membuat kemunculan semula setelah lebih dua tahun menyepikan diri.

"Selama tak aktif, Nana sebenarnya banyak memenuhi undangan nyanyian pada hujung minggu dan nampaknya kontrak Nana bersama FMC masih ada so tak salah sekiranya Nana buat comeback. Mengikut perancangan, mungkin Nana akan berduet dengan Achik untuk lagu terbaru," ujarnya yang akan menyambut Aidilfitri bersama anak di Seremban.